Semua produk SS Design dibuat mengikut tempahan. Ini bermakna masa penghantaran dikira selepas anda sahkan artwork preview, bukan dari masa pembayaran.
Tempoh pengeluaran dan penghantaran
| Peringkat | Tempoh |
|---|---|
| Artwork preview dihantar kepada anda | Dalam 24 jam selepas pesanan |
| Pengeluaran (selepas anda sahkan artwork) | 1–3 hari bekerja |
| Penghantaran ke Semenanjung Malaysia | 3–5 hari bekerja |
| Penghantaran ke Sabah & Sarawak | 10 hari bekerja |
Hari bekerja bermaksud Isnin hingga Jumaat, tidak termasuk hujung minggu dan cuti umum. Jika anda lambat mengesahkan artwork preview, tempoh penghantaran akan bergerak mengikutnya.
Pesanan yang mendesak
Ada majlis yang tarikhnya tak boleh ditunda. Kalau anda perlukan barang lebih cepat daripada jadual di atas, WhatsApp kami sebelum membuat pesanan di 013-321 0532. Kami akan beritahu dengan jujur sama ada ia boleh dilakukan. Caj tambahan mungkin dikenakan untuk pengeluaran atau penghantaran ekspres.
Kos penghantaran
Kos penghantaran dikira secara automatik semasa checkout berdasarkan berat pesanan dan alamat penghantaran anda. Jumlah penuh akan dipaparkan sebelum anda membuat pembayaran — tiada caj tersembunyi selepas itu.
Pesanan pukal dan korporat
Untuk pesanan melebihi 20 unit, tempoh pengeluaran bergantung pada kuantiti dan kerumitan reka bentuk. Kami akan berikan jadual khusus dalam sebut harga anda. Untuk majlis besar, kami cadangkan anda hubungi kami sekurang-kurangnya tiga minggu lebih awal.
Menjejak pesanan anda
Selepas pesanan anda dihantar, kami akan berikan nombor penjejakan melalui WhatsApp atau emel. Penghantaran diuruskan oleh syarikat kurier pihak ketiga.
Kelewatan yang di luar kawalan kami
Setelah bungkusan diserahkan kepada kurier, penghantaran berada di luar kawalan kami. Kelewatan boleh berlaku akibat cuaca, musim perayaan, banjir, atau isu operasi kurier. Kami akan bantu anda menjejak dan berhubung dengan kurier, tetapi kami tidak boleh menjamin tarikh sampai.
Alamat yang tidak lengkap atau salah
Sila semak alamat penghantaran anda dengan teliti sebelum mengesahkan pesanan. Bungkusan yang dipulangkan kerana alamat salah, penerima tiada, atau nombor telefon tidak dapat dihubungi akan dikenakan caj penghantaran semula.
Kerosakan semasa penghantaran
Jika bungkusan anda tiba dalam keadaan rosak, ambil gambar bungkusan dan barang sebelum membuka sepenuhnya, dan hubungi kami dalam masa 48 jam. Gambar diperlukan untuk kami membuat tuntutan dengan pihak kurier. Tanpa bukti bergambar, kami mungkin tidak dapat membantu.
Rujuk juga Polisi Pemulangan & Bayaran Balik kami.
Ada soalan?
WhatsApp kami di 013-321 0532, Isnin hingga Jumaat, 9:00 pagi – 5:00 petang.